keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

13 May 2014

kerusi DUN BN kurang dari pembangkang pun masih ada hati nak kekal berkuasa...gila kuasa ke apa...?

PAS hanya boleh bentuk kerajaan baru jika MB baru letak jawatan, kata penasihat undang-undang Umno


 

penasihat undang undang UMNO yang menyebabkan  BN gila kuasa...dahlah  majoriti suara rakyat peringkat  pusat  pun  kalah....pun masih guna  taktik  kurang kerusi DUN  nak kekal  berkuasa  juga ke...?


Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) kekal menteri besar Terengganu dan PAS hanya boleh membentuk kerajaan baru jika beliau letak jawatan, kata penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam‎ Harun hari ini.

Kemelut Terengganu tercetus selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno mengumumkan keluar parti.

"Melainkan jika undi tidak percaya dibuat di Sidang Dewan Undangan Negeri, MB Razif masih lagi MB yang sah.

"PAS tidak boleh membentuk kerajaan baru melainkan dilantik Sultan. Untuk melantik, MB Razif perlu letak jawatan," kata Hafarizam.

Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada Umno ialah bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Susulan perkembangan tersebut, bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam DUN.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang 17 kerusi DUN berbanding PR 15 kerusi dan mendapat separuh daripada 8 kerusi Parlimen di negeri yang kaya dengan minyak itu.

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu di depan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Cendering pada jam 9.25 malam semalam.

Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar.

"BN masih mempunyai kuasa eksekutif/MB. Penasihat undang-undang Terengganu mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan pandangan saya," kata Hafarizam.

"Sebarang dakwaan keluar parti (menjadi bebas) daripada Umno/BN oleh Adun hanya sah selepas surat tersebut diterima Setiausaha Agung Umno/BN," kata beliau.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Ariffin Deraman memberitahu  mereka menimbang untuk menukar kerajaan tanpa mengadakan pilihan raya semula.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu

1 comment :

  1. allah maha kaya ..dulu depa jatuhkan kerajaan perak dgn tektik kotor,,sekarang puak depa sendiri jatuhkan mereka....masaaallah.

    Hanya parti mejoriti boleh membentuk kerajaan.Sekarang BN minoriti je.Tp biasalah BN 47% pun mejoriti..Kedudukan kerudi skg BN14 PR 15 Bebas 3..Siapa mejoriti..

    aku cadangkan pr di trengganu tangkap speaker,,,,angkat dia dengan jubah2nya sekali ....kemudian anto dia ke putrajaya kerumah najib......kalu nak tengok muka najib jadi Lebam dengan rosmah.........beritahu najib jgn lupa kes perakkkkkk

    ReplyDelete