keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 May 2014

kisah putera katak puru dan puteri raja



Once upon a time. From a kingdom far far away. Tersebutlah kisah seekor Putera Katak Puru yang kuat berangan, sampai Mat Jenin pun surrender angkat bendera putih dengan kekuatan angan-angan Putera Katak Puru. Walaupun Putera Katak Puru ini kuat berangan, namun Putera Katak Puru ini rajin menuntut ilmu. Malangnya, kerana terlalu panjang angan-angan, ilmu yang dimilikinya tidak dimanfaatkan untuk mendidik diri sendiri. Sebaliknya ilmu tersebut digunakan untuk menghina manusia lain dan mendabik dada dengan sombong dan takbur sambil mengatakan diri dia adalah ahli salaf dan makhluk lain yang tak bersependapat dengannya adalah ahli bidaah.

Suatu hari, sedang Putera Katak Puru sedang melompat-lompat di suatu daerah di negara Yaman sambil mengejar lalat dan langau untuk dijadikan Pizza Lat (Pizza Lalat) sebagai santapannya. Terpandanglah Putera Katak Puru seorang Puteri Raja sedang belajar dengan seorang Ustad. Putera Katak Puru terpaut hati apabila memandang Puteri Raja tersebut. Pada yang sama juga Putera Katak Puru naik berbulu tengok Ustad mengajar Puteri Raja dengan ilmu yang tak sefahaman dengannya.

Maka timbullah angan-angan Mat Jenin seperti yang pernah dia baca dalam buku dongeng klasik Charles Dicken. Menurut buku Charles Dicken, kalau Puteri Raja mencium Putera Katak, Putera Katak Puru akan bertukar jadi Otromen. Ehhh Silap. Sorri. Bukan jadi Otromen, tapi jadi Putera Raja Yang Kacak Lagi Encem macam Tom Cruise. Dan akhirnya Putera Raja akan jadi suami kepada Puteri Raja.

Maka sejak itulah niat Putera Katak Puru dah bercabang. Bukan nak jadi Ahli Salaf saja tapi nak jadi Putera Raja Yang Kacak Encem macam Hans Isaac. Nak jadi kaya raya macam Sultan Brunei. Nak jadi besar macam Bigfoot. Nak jadikan Puteri Raja bini dia gak. Amboiiiiiiii !!!! Banyak betul niat dia ni. Baru nampak seorang awek yang cun melecun, niat hati dah bercabang-cabang macam tanduk rusa. Tak padan yang katak dia ni. Ini semua disebabkan ilmu yang Putera Katak Puru miliki bukan untuk mendidik diri sendiri tetapi untuk mendapat pujian makhluk, agar dipanggil dia seekor katak yang arif dalam segala-gala hal.

Disebabkan asyik mahsyuknya Putera Katak Puru. Maka dia pun memberanikan diri untuk menegur Puteri Raja. Tak padan yang katak dia ni. Nafsu punya pasal, sanggup dia gadai prinsip nak jadi Ahli Salaf, dan bertukar menjadi Ahli Ngorat. Suatu hari, sebaik saja Puteri Raja habis belajar, Putera Katak Puru pun sambil terjelir-jelir lidah, melompat-lompat katak menghampiri kepada Tuan Puteri. Dan menegur Puteri Raja.

PUTERA KATAK PURU : Assalamualaikum

PUTERI RAJA : Wa alaikumsalam

PUTERA KATAK PURU : Ehmm. Ehmmm. Boleh saya berkenalan ?

PUTERI RAJA : Tak perlu bagitau, saya tahu awak Putera Katak Puru.

PUTERA KATAK PURU : Hehehehe (Dalam ati PUTERA KATAK PURU yang perasan : Femes gak aku. Lom intro lagi, dia dah kenal siapa aku )

PUTERA KATAK PURU : Apesal awak belajar dengan Ustad tu ? Dia bukan terrer bab-bab mengajar ni. Saya lagi terrer. Saya boleh ajar awak.

PUTERI RAJA : Apa yang PUTERA KATAK PURU boleh ajar saya ?

PUTERA KATAK PURU : Saya boleh ajar awak jalan untuk menjadi Ahli Salaf. Saya ini Mahaguru Ahli Salaf Sedunia. Ramai yang menuntut ilmu dengan saya. Kesemua yang menuntut ilmu dengan saya ada akreditasi untuk membidaahkan orang. (Jawab PUTERA KATAK PURU dengan gaya takbur dan eksen). Cuba tengok Ustad yang ajar PUTERI RAJA. Dia tu dah tua kerepot. Apa yang dia tahu? Apa yang dia ajar tu semua ilmu bidaah. Dia tak ajar untuk jadi Salaf.

PUTERI RAJA : Ooooo begitu. Lagi apa yang PUTERA KATAK PURU boleh ajar saya.

PUTERA KATAK PURU : Saya juga akan ajar awak bagaimana nak masuk syurga.

PUTERI RAJA : Baiklah saya akan balik ke istana dan fikirkan

Setelah PUTERI RAJA balik ke istana. Dia pun menceritakan pengalaman dia bertemu dengan PUTERA KATAK PURU kepada sahabat-sahabatnya. Maka tergelak besarlah sahabat-sahabat PUTERI RAJA mendengar kenyataan takbur PUTERA KATAK PURU. Semua sahabat-sahabat PUTERI RAJA menyatakan kepada PUTERI RAJA bahwa PUTERA KATAK PURU tu sebenarnya perasan. Tak sedar diri yang diri dia sebenarnya seekor katak puru, nak memandai mengajar manusia. Kalau dah binatang tu binatang jugak le.

PUTERA KATAK PURU pula, selepas pertemuan pertama terus memanjangkan angan-angannya. Kalau dulu dia angan-angannya hanya sepanjang dari Malaysia sampai ke Yaman. Sekarang angan-angannya jadi lebih panjang sedikit sehingga mencecah Uganda. Semakin galaklah PUTERA KATAK PURU berangan dicium oleh PUTERI RAJA dan berubah menjadi Putera Raja Yang Kacak Dan Ensem macam Brad Pitt (Brad Pit pulak dah.

Dari Hans Isaac jadi Brad Pit). Selepas pertemuan pertama, maka berlakulah siri-siri pertemuan yang berikutnya. PUTERA KATAK PURU pun bersungguh-sungguh mensyarahkan ilmunya yang tak berkat itu kepada PUTERI RAJA. Tetapi demi menjaga air muka katak puru yang tak sedar diri, PUTERI RAJA pun berpura-pura mendengar syarahan PUTERA KATAK PURU. Sehinggalah suatu hari, PUTERA KATAK PURU berkata kepada PUTERI RAJA :

PUTERA KATAK PURU : Saya ini asyik teringatkan PUTERI RAJA.

PUTERI RAJA : Apesal ?

PUTERA KATAK PURU : Sebab saya plan nak amik PUTERI RAJA jadi bini saya.

PUTERI RAJA : ( Dalam ati : PUTERA KATAK PURU ni dah buang tebiat ke ? Tak sedar ke yg dia tu katak puru, aku ni manusia. Tak kose aku nak tinggal seTEMPURUNG dengan dia )

Maka berkatalah PUTERI RAJA kepada PUTERA KATAK PURU.

PUTERI RAJA : Betul ke PUTERA KATAK PURU nak amik saya jadi bini ?

PUTERA KATAK PURU : Betul. Saya memang serius nak amik PUTERI RAJA jadi bini saya. Sejak saya nampak PUTERI RAJA, fikiran saya tak tenang. Dalam sembahyang pun asyik terfikirkan PUTERI RAJA.

PUTERI RAJA : Beginilah. Biar saya komen tentang ilmu yang PUTERA KATAK PURU ajar kepada saya.

1st : Saya tak boleh terima ilmu yang PUTERA KATAK PURU ajar kat saya. Sebab orang yang berilmu dia akan beramal dengan ilmunya. Orang yang berilmu dia akan tawadduk dan rendah diri. Tak macam PUTERA KATAK PURU. Sombong. Takbur. Ini juga tanda PUTERA KATAK PURU sendiri tak mampu nak didik diri sendiri. Jadi bagaimana PUTERA KATAK PURU boleh didik orang lain untuk jadi hamba Allah? Melainkan PUTERA KATAK PURU mendidik orang untuk jadi sombong dan takbur. Kalau PUTERA KATAK PURU didik orang, orang itu akan jadi sombong dan takbur, berbangga dengan ilmu bukan tawaduk dengan ilmu.

2nd : PUTERA KATAK PURU cukup mudah membidaahkan orang. Sedangkan Allah telah mengutus seorang yang lebih mulia dari PUTERA KATAK PURU iaitu Nabi Musa AS, kepada seorang yang lebih jahat dari orang yang PUTERA KATAK PURU label sebagai ahli bidaah iaitu Firaun. Itupun Allah suruh Nabi Musa AS berlemah-lembut dengan. Jadi PUTERA KATAK PURU yang perasan jadi ahli Salaf sebenarnya sudah jadi Ahli SalaH. Salah faham dan mengajar ajaran salah.

3rd : Dalam Islam, perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah ialah sembahyang. Sembahyang yang tidak khusyuk itu tanda kita sudah menempah tempat di neraka. Sembahyang yang khusyuk dapat mencegah dari melakukan kemungkaran. Oleh itu sifat yang WAJIB ada pada orang SALAF ialah sembahyang yang khusyuk Saidina Ali yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang juga merupakan orang salaf, dalam satu peperangan, Saidina Ali pernah dipanah dibetisnya.

Sewaktu Saidina Ali mengangkat takbiratul ihram dalam sembahyang, panah yang terpacak di betisnya dapat dicabut tanpa Saidina Ali merasakan kesakitan. Begitulah khusyuknya Saidina Ali dalam sembahyang. Tetapi PUTERA KATAK PURU yang mengaku Ahli Salaf, dalam sembahyang pun boleh ingatkan perempuan sampai hati jadi tidak tenang. Ini tanda sembahyang tak khusyuk. Kalau sembahyang yang menjadi perkara pertama dan utama dihisab di akhirat nanti pun PUTERA KATAK PURU dah fail. Tak payahlah nak berlagak mengaku Ahli Salaf. Jangan tipu orang dengan ilmu yang tidak diamalkan.

4th : Putera Katak Puru berlagak macam sudah dijamin syurga. Semua orang tak betul. Dia saja yang betul. Semua orang ahli bidaah. Dia saja yang ikut sunnah, sedangkan dalam sembahyang pun Putera Katak Puru boleh ingatnkan awek. Tolong buktikan bahawa Putera Katak Puru sudah dijamin masuk syurga Firdaus. Kalau Putera Katak Puru tak boleh buktikan yang dia sudah dijamin masuk syurga Firdaus. Janganlah sekali-kali datang jumpa saya lagi. Sebab Putera Katak Puru cakap tara serupa bikin. Wasting time. Baik saya belajar dengan Ustad yang Putera Katak Puru label sebagai kerepot dan ahli bidaah. Setidak-tidaknya saya diajar untuk beramal dan membaiki diri.

Empat kenyataan Puteri Raja telah menjadi tamparan hebat kepada Putera Katak Puru. Barulah dia sedar bahawa dia sebenarnya tidak beramal dengan ilmunya, takbur, mudah memgeluarkan fatwa, tak pernah hisab kelemahan diri sendiri. Dan tamparan yang paling hebat ialah : DALAM SEMBAHYANG DIA PUN BOLEH INGATKAN PEREMPUAN SAMPAI HATI TIDAK KHUSYUK, nak jadi ahli salaf bagaimana dan nak dijamin syurga macam mana ?

Pengajaran dari cerita ini.

Ilmu yang diperolehi bukanlah untuk bangga dan riyak serta menunjuk-nunjuk. Tetapi untuk diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.
Ilmu yang banyak tetapi tidak boleh mendidik tuannya untuk mentaati Allah dan berakhlak, adalah sebagai tanda ilmu tersebut tidak berkat.
Orang yang berilmu akan tawaddhuk dan rendah diri, sebab semakin banyak ilmunya semakin dia kenal dan tahu kelemahan dirinya.

Bercita-cita menjadi orang yang dikasihi Allah tidak salah tetapi kena pastikan, yang dibenarkan dengan hati, lisan yang diiqrarkan serta yang diamalkan dengan perbuatan selaras dengan syariat Islam dan usahanya setimpal dengan cita-citanya.

Ilmu Islam menuntut kita menghisab kelemahan diri agar kelemahan diri itu dapat diperbaiki.

No comments :

Post a Comment