keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

08 May 2014

mesin ais krim




Ais krim adalah sejenis makanan beku dibuat daripada hasil tenusu seperti krim yang digabungkan dengan perasa dan pemanis.

Campuran tersebut didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar.

Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam akan membuat air berada di bawah titik beku air tulen.

Ais krim sangat terkenal dan digemari segenap lapisan masyarakat.

Makanan ini sering di jadikan sebagai pencuci mulut. Bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga sedap dibuat produk lain seperti durian crepe dan ais krim goreng.

Mesin tersebut memenuhi kehendak pengguna yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah, remaja sehingga dewasa.

Yang menariknya, mesin tersebut dilengkapi dengan slot memasukkan duit syiling dan penyejuk. Seunit mesin mampu memuat sehingga dua hingga lapan liter ais krim pada satu-satu masa.

Konsep mesin tersebut mudah iaitu pengusaha hanya perlu memiliki seunit dan bekalan ais krim yang boleh didapati daripada pasaran luar.

Bekalan ais krim hanya perlu ditambah apabila berkurangan dan nilai keuntungan boleh mencecah sehingga 70 peratus pada setiap setiap kon ais krim.

Mesin tersebut mampu menyediakan tiga jenis perisa mengikut pilihan pengusaha.

Rekaan yang ringkas dan mudah serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan merupakan kelebihan mesin ini.

Selain itu, mesin berkenaan sukar diceroboh atau dicuri untuk mendapatkan wang.

Proses pembelian ais krim menggunakan mesin ini ialah pembeli perlu membayar di kaunter dan pihak kaunter akan menukarkan duit tersebut kepada syiling.

Seterusnya syiling tersebut yang akan digunakan untuk membeli ais krim pada mesin.

Walau bagaimanapun, rekaan dan konsep mesin tertakluk kepada pendapat setiap pelanggan.


No comments :

Post a Comment