Bagi pemilik kereta terutama yang bercat putih antara yang dikhuatiri adalah melalui jalan berlumpur kerana kotoran akan jelas kelihatan pada kenderaan.
Masalah itu nampaknya akan selesai dengan cat jenis baru yang diperkenalkan Nissan di mana air, minyak dan kotoran tidak dapat melekat pada permukaan.
Sudah tentu, inovasi ini bukan sahaja membuatkan kenderaan sentiasa nampak bersinar seperti baru malah dapat menjimatkan kos dan masa yang perlu diambil untuk mencuci kereta.
Berdasarkan siaran media dikeluarkan baru-baru ini, cat Ultra-Ever Dry yang dihasilkan oleh Nissan bersama UltraTech International ini dijangka akan membawa nafas baru pada rekaan kenderaan.
Pastinya, ini adalah berita baik buat pemandu kereta yang selalu malas mencuci kenderaan namun berita yang tidak sedap didengar oleh pengusaha car wash.
No comments :
Post a Comment