keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 May 2014

tablet lasak paling ringan



KUALA LUMPUR – Panasonic System Asia Pacific (PSY) memperkenalkan tablet ‘Toughpad FZ-M1’ iaitu versi tablet lasak paling ringan seumpamanya.

Teknologi yang dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2014 itu dibekalkan dengan kapasiti Windows 8.1 Pro selain menggunakan pemproses Intel Core i5 menjadikannya fleksible dalam operasi perniagaan dan persekitaran berbeza. Ia mempunyai fungsi pelbagai bagi memenuhi permintaan unik pasaran seperti perkhidmatan dan jualan, peruncitan, rantaian pembekal, logistik dan kerajaan.

Pengarah Toughbook Kumpulan Asia Pasifik Satoshi Mizobata berkata, Toughpad FZ-M1 dicipta khusus dengan keupayaannya yang ideal untuk kegunaan gerak kerja rumit.

“Tablet yang mempunyai daya tahan bateri selama lapan jam ini direka bagi meningkatkan produktiviti dan tahap efisien bagi situasi profesional termasuk khidmat pelanggan, pengurusan inventori dan pengesanan aset, penyelenggaraan, borang elektronik (eForms) laluan penghantaran, Petikan Elektronik (eCitations), rekod elektronik perubatan, pemeriksaan, jualan mudah alih dan sistem informasi geografik.

“Secara kesimpulannya, model FZ-M1 ini mudah bagi penggabungan Teknologi Maklumat (IT) sedia ada. Tidak seperti tablet pengguna yang lain ia adalah teknologi yang sesuai bagi kegunaan pelbagai organisasi,” katanya.


maklumat lanjut

No comments :

Post a Comment