keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 May 2014

tayar bocor ...tampalan sesuai jika tak besar



Keselamatan adalah faktor utama yang harus dititikberatkan dan bukan kos penggantian tayar.
Tayar tanpa tiub mungkin boleh ditampal dengan menggunakan sumbatan yang dilakukan selepas mengeluarkan bendasing tanpa membuka rodanya.


Tampalan itu hanya sesuai jika lubang tidak besar dan bulat seperti terkena skru atau paku. Jika kebocoran pada tayar nampak besar atau bendasing itu tidak dijumpai, pastikan melakukan pemeriksaan menyeluruh dengan menanggalkan tayar dan memastikan ia dibuang terlebih dulu.

Koyak yang panjang mungkin tidak lagi dapat ditampal serta bocor pada bahagian dinding sisi, perlu ditukar baru.

Penampal kekal tayar ditakrifkan sebagai proses membuka, memeriksa dan menampal melalui proses vulkanik.

Tampalan itu mudah dibuat kerana ia membabitkan haba dan kerap dilakukan dengan ­membakar bahan penyala yang ada pada penampal itu. Lazim­nya, ia hanya dilakukan pada tiub tayar.

Selain itu, ada cara lain untuk menampal tayar dengan cecair yang tidak diiktiraf oleh piawaian setengah negara seperti British BS AU 159.

Secara amnya, penggunaan tayar tanpa tiub adalah lebih selamat berbanding menggunakan tiub.

No comments :

Post a Comment