keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

13 May 2014

trengganu darul runtuh....perompak pusat dan penyamun negeri bergolak....bila 3 penyamun keluar parti menjadi adun bebas...!!!






Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.

Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya.

Ahmad sebelum ini berkata lebih ramai lagi Adun Umno akan meninggalkan Umno dan menjadi Adun Bebas.

Sehingga kini, hanya dua membuat membuat pengumuman rasmi meninggalkan Umno bersama beliau.

Namun, pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi, enam Adun termasuk Ahmad tidak menyertai majlis itu.

Mereka termasuk Adun Ajil dan Adun Bukit Besi yang sudah mengumumkan tindakan meninggalkan Umno.

Tiga lagi Adun yang tidak hadir ke majlis itu ialah Adun Kemasik, Rosli Othman; Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Pengkalan Berangan, Abdul Latif Awang

1 comment :

  1. nampaknya ahmad said jadi robin hood sekali lagi...selepas rompak roti gardenia...kini dia jadi robin hood sekali lagi keluar parti bersama geng penyamunnya....

    Hidup Robinhood Mat said . nampakkah umno sedang hasut umno. Mana ISMA. kenapa biar umno tindas umno ? bukan kah ISMA nak wujudkan perpaduan melayu ? masalah sekarang melayu umno tindas melayu umno .. ISMA patut pergi selesaikan maslah ini .

    kalau buat PRK di Terengganu.......RAKYAT TERENGGANU AKAN MATI KELEMASAN AKIBAT KEBANJIRAN DUIT YANG DITURUNKAN DARI PUTRAJAYA.........JANGAN KATA MINTAK......BARU NIAT HATI NAK RUMAH BARU.....BN SUDAH BAGI RUMAH BARU.......BN AKAN MENCARI PELAJAR BARU HABIS PERIKSA NAK MASUK IPT.....CARI ORANG SUSAH....CARI ORANG SAKIT........CARI ORANG NAK BUAT KENDURI KAHWIN......BN AKAN MENCARI MEREKA NI......MACAM ORANG NAK MATI DAHAGAKAN AIR........BN AKAN DAHAGAKAN GOLONGAN INI UNTUK MEMBUAT SUMBANGAN.........KALAU TERENGGANU KEBANJIRAN DUIT....ORANG GANU AKAN MAKAN DUIT BERAK PON KELUAR DUIT....KAH KAH KAH ...RASUAH OHHHH RASUAH...

    ReplyDelete