keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

benggang terperangkap dalam bilik ATM akhirnya terpaksa pecahkan pintu kaca




Georgetown –  Seorang lelaki yang panik selepas terperangkap dalam bilik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melepaskan geram dengan menendang dan memecahkan pintu kaca bilik berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di Tanjung Bungah di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki berkenaan masuk ke bilik ATM terbabit untuk mengeluarkan wang namun tidak menyedari pintu kaca permis itu mengalami masalah teknikal.

Dia kemudian cuba mengeluarkan wang namun mesin ATM tidak berfungsi.

Lelaki itu kemudian cuba keluar dari bilik ATM itu bagaimanapun pintu terbabit tertutup secara automatik.

Akhirnya pintu bilik ATM berjaya dibuka selepas beberapa kali ditolak.

Dia yang berang mengambil tindakan menendang dan menolak pintu kaca berkenaan hingga pecah sebelum beredar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan terperangkap dalam bilik ATM itu kira-kira 10 minit.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan lelaki terbabit memecahkan pintu kaca premis itu kerana mahu keluar selepas terperangkap

No comments :

Post a Comment