keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

08 May 2014

kecurian telefon dan menangani permasaalahanya



Penembusan pemakaian telefon bimbit sehingga 140 peratus juga tidak mustahil menyumbang kepada kes kecurian telefon terutama telefon pintar yang mahal harganya.

Di Amerika Syarikat misalnya, kira-kira 3.1 juta penggunanya menjadi mangsa kecurian telefon pintar pada 2013 mengikut laporan agensi penyelidik Consumer Reports yang meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.


Dari angka terbabit, sebanyak 1.4 juta telefon pintar tidak pernah ditemui semula.

Memandang­kan betapa banyak maklumat peribadi dalam telefon pintar seperti gambar, nombor hubu­ngan dan akaun e-mel kepada rangkaian sosial, aplikasi membeli-belah dan perbankan, ia pasti menyusahkan sekiranya berlaku kepada anda.

Tetapi ramai pengguna masih tidak melindungi peranti mereka secukup­nya, kajian rambang membabitkan masalah dunia oleh agensi sama juga menyebut satu pertiga pemilik telefon pintar tidak mengambil langkah untuk melindungi telefon dan data di dalamnya.

Dari aspek undang-undang, apakah yang boleh dilakukan pengguna?

Kes mencuri telefon boleh ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Jika kita sudah mengenal pasti dan mempunyai bukti seseorang itu telah mencuri telefon bimbit kita, kita boleh membuat laporan polis terhadapnya.

Seterusnya, jika kesalahan mencuri itu cukup syarat-syaratnya selaras dengan seksyen 378 Kanun Keseksaan maka pendakwaan di mahkamah boleh dibuat ke atas si pencuri.

Secara umum hukuman maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 378 terbabit adalah penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Meskipun berlainan sistem perundangan, Amerika Syarikat sudah memperkenalkan Akta Perlindungan Kecurian Telefon Pintar yang turut membabitkan penguatkuasaan ketat kepada penjenayah serta memelihara kandungan dalam telefon.

Mengulas mengenai undang-undang khas berkaitan telefon pintar, Tiada akta atau undang-undang khas seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat.

Buat masa sekarang serta dalam pengetahuan, masih belum ada akta atau undang-undang yang dikenakan atau mengawal selia secara spesifik penggunaan telefon pintar dan yang berkaitan dengannya seperti Akta Perlindungan Kecurian Telefon Pintar yang diperkenalkan di California, Amerika Syarikat.

Selain itu, Malaysia juga tidak terkecuali mengenakan undang-undang berkaitan kecurian kandungan telefon pintar seperti aplikasi.

Ia boleh dibuat sekiranya kita berjaya membuktikan bahawa kita adalah pemilik yang sah terhadap aplikasi terbabit seperti mana di bawah undang-undang harta intelek yang merangkumi persoalan tertentu.

Misalnya seperti hak cipta, cap dagangan dan sebagainya, malah yang tertuduh juga boleh diambil tindakan di bawah Sekysen sama seperti mencuri,” katanya.

Undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan yang berkaitan sudah mencukupi untuk menangani kesalahan jenayah seperti mencuri telefon bimbit di Malaysia melainkan jika keperluan terhadapnya menjadi semakin mendesak.

Sifat dan pengoperasian jenayah itu sendiri belum menjadi lebih serius dan terancang seperti mana Malaysia menggubal akta atau undang-undang khusus berkaitan penyalahgunaan dadah dan penggunaan senjata api,” katanya.

Walaupun begitu kesalahan mencuri telefon tidaklah begitu serius di Malaysia sehinggakan mahkamah mempunyai statistik khusus berkenaan kes yang secara tidak langsung menunjukkan ia masih terkawal.

Selain dari itu syarikat telekomunikasi perlu mengambil perhatian lebih serius memandangkan mereka juga antara pihak yang turut terbabit dalam kes kecurian telefon.

Syarikat telekomunikasi boleh mengesan telefon dengan pantas jadi mereka boleh memaklumkan lokasi dengan tepat.

Seeloknya, mereka (syarikat telekomunikasi) memberi kerjasama lebih baik dalam menangani kes kecurian telefon.

Meskipun pengguna boleh mengesan sendiri telefon melalui aplikasi tertentu, nombor IMEI (identiti pengenalan bagi setiap telefon bimbit) hanya boleh diakses pantas oleh syarikat telekomunikasi.

Melainkan terdapat penyiasatan oleh pihak berkuasa, jarang kerjasama dapat diperoleh syarikat telekomunikasi yang menyukarkan pengesanan telefon lebih awal.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menutup mana-mana telefon yang dicuri selepas laporan dilakukan.

Pengguna yang kehilangan telefon akan menghubungi syarikat telekomunikasi yang memaklumkan nombor EMEI kepada SKMM sebelum ia bertindak menutup terus telefon terbabit.

Manakala bagi data dalam telefon pula, ia boleh tertakluk menerusi Akta Perlindungan Data Peribadi yang dikuat kuasa November tahun lalu.

Ia selari dengan matlamat Dasar Ke-10 dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia.

Akta ini memberi penekanan kepada perlindungan data peribadi yang sensitif yang digunakan dalam transaksi komersial termasuk dalam telefon.


Kes kecurian telefon:

1. Kelicikan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri telefon bimbit daripada orang ramai di pusat beli-belah akhirnya tumpas apabila dicekup pihak berkuasa. Suspek menggunakan taktik mendekati mangsa untuk meminjam telefon dengan memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja atau pembantu golongan kenamaan sebelum melarikan diri.

2. Hanya kerana mencuri sebuah telefon bimbit, seorang lelaki bukan saja gagal melarikan diri, malah turut dibelasah orang awam sebaik dia ditangkap selepas ­motosikal ditunggang terbabas ­beberapa meter dari ­tempat kejadian di Taman Sri Gombak.

3. Hanya kerana dituduh mencuri telefon bimbit, seorang remaja lelaki ditumbuk, ditendang dan dibelasah dengan kejam oleh abang kepada pemilik telefon bimbit itu yang menyerangnya di Pandan Perdana.

4. Dua sepupu nyaris maut apabila motosikal dinaiki bertembung dengan kereta ketika mengejar lelaki yang melarikan telefon bimbit seorang daripada mereka dalam kejadian di Kampung Banggol Peradong, Jeram, Manir, Kuala Terengganu.

5. Gara-gara mencuri telefon bimbit bernilai RM300 milik pengawal keselamatan, seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

6. Dua remaja yang berhasrat untuk berkongsi menggunakan telefon pintar selepas meragutnya ditahan polis di hadapan sebuah kafe di Keningau, Sabah.


Bagaimana anda melindungi telefon?

1. Menetapkan 4-digit PIN.
2. Backup data dalam telefon
3. Memindah turun perisian yang mengesan telefon
4. Memindah turun aplikasi anti-virus
5. Menggunakan perlindungan ‘Pattern’.
6. Memindah turun perisian yang memadam data sekiranya telefon dicuri.


Aplikasi mengesan telefon bimbit yang dicuri:

1. Untuk iPhone, anda boleh gunakan Find My iPhone.
2. Bagi Android, BlackBerry atau Windows, anda boleh pindah turun aplikasi atau layari laman web Mologogo untuk mengesan mana-mana telefon asalkan ia dilengkapi GPS.

No comments :

Post a Comment