keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

Rufus v 1.4.7.455 perisian untuk membuat bootable disk USB




Rufus adalah perisian untuk membuat bootable disk USB yang sangat terkenal kerana kemampuannya yang sangat cepat jika dibandingkan dengan perisian untuk membuat bootable disk USB yang lain. Rufus bukan sahaja boleh membuat bootable disk USB untuk windows malah boleh digunakan untuk membuat bootable disk USB untuk Windows Reset Password, Hiren Boot CD ( HBCD ) dan banyak lagi.

Perisian ini adalah percuma dan tidak memerlukan teknik bypass untuk menjadikannya full version. Bukan itu sahaja malah cara menggunakannya juga sangat mudah walaupun anda baru ( Newbie ).

Cara Menggunakan Rufus


Zaman semakin hari semakin berubah, dulu membuat bootable disk sangat sukar kerana terpaksa melakukannya secara manual dan alat atau software untuk membuat bootable disk juga terhad kepada DVD atau CD sahaja.

Kerana teknologi semakin berkembang maka semakin banyak tool atau software untuk membuat bootable disk USB. Antaranya Windows 7 USB / DVD Tool, Power ISO dan banyak lagi tetapi kali ini Admin akan tunjukkan cara membuat bootable Disk USB menggunakan Perisian yang di panggil Rufus.

Untuk pengetahuan semua Rufus adalah perisian khas untuk membuat Bootable Disk USB yang sangat mesra pengguna dan cara penggunaannya yang sangat mudah dan cepat. Saiznya sangatlah kecil dan tidak sampai 1MB pun tetapi sangat berguna.

Pertama sekali sila sediakan Pendrive atau Flashk disk
Sediakan fail ISO ( Windows XP, 7, 8, 8.1 atau HBCD )
Jika belum lagi mempunyai perisian ini sila download dulu : Rufus Versi Terbaru

Ok!! Kita teruskan, buka Rufus kemudian ikuti langkah mengikut urutan nombor seperti gambar dibawah ( Gambar ini di ambil ketika versi Rufus masih 1.3 ye tapi caranya tetap sama )




1.Pilih USB atau Pendrive yang hendak dibuat bootable
2.Pilih dan Sila guna MBR Partition scheme for BIOS or UEFI komputer
3.Abaikan sahaja kerana ianya akan di format secara automatik apabila butang start di klik
4.Abaikan sahaja kerana ianya akan di format secara automatik apabila butang start di klik
5.Sila pilih FreeDOS
6.Cari Tempat anda menyimpan file Iso( Windows atau hiren boot cd-HBCD ) dalam format iso*
7.Klik Start dan tunggu hingga selesai

**Nota**
Jika fail ISO telahpun diekstrak Admin sarankan agar menggunakan Win To Flash untuk membuat Bootable Disk Via USB


download  Rufus Versi Terbaru

No comments :

Post a Comment